My Add

Wednesday 22 August 2012

5P: 115,600 PATI Indonesia di Sabah telah didaftar

KOTA KINABALUm RABU, 22 Ogos, 2012: Seramai 115,600 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia telah didaftarkan melalui program Program 5P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran) sehingga 18 Ogos tahun ini.

Konsul Besar Indonesia di Sabah, Soepeno Sahid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 114,000 pasport telah dikeluarkan kepada warga Indonesia berkenaan.

"Kami telah menyelesaikan lebih 95 peratus pengeluaran pasport dan kini masalahnya hanya pihak imigresen lambat mengeluarkan pelekat ke atas semua pasport mereka.

"Jadi saya berharap pihak berkenaan dapat mempercepatkan proses pengeluaran pelekat pasport bagi memudahkan semua warga Indonesia terlibat berurusan dan bekerja," katanya pada majlis Rumah Terbuka Konsulat Indonesia di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment