My Add

Wednesday 22 August 2012

Paralimpik: London sudah bersedia

PARIS, RABU, 22 Ogos, 2012: Atlit kurang upaya terbaik dunia termasuk jaguh pecut, ‘Blade Runner’ iaitu Oscar Pistorius, akan berkumpul di London minggu depan bagi menyertai temasya Paralimpik terbesar dan berprestij sejak 52 tahun lalu.

Mengikut rekod yang diperoleh, seramai 4,200 atlit dari 166 negara akan berada di ibu negara Britain itu bagi menyertai temasya selama 11 hari yang dijangka mendapat perhatian lebih empat bilion penonton televisyen seluruh dunia.
Britain dianggap sebagai tempat kelahiran kepada pergerakan Paralimpik selepas atlit veteran ketika Perang Dunia ke-2 yang mengalami kecederaan tulang belakang bersaing dalam acara memanah di Stoke Mandeville, selatan England pada 1948 iaitu 12 tahun sebelum Sukan Paralimpik rasmi pertama yang diadakan di Rom.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Philip Craven, berharap penganjurannya akan menjadi antara temasya elit selepas kejayaan Sukan Olimpik yang mendapat liputan meluas daripada pihak media dan gabungan penajaan bagi meningkatkan minat serta kesedaran masyarakat dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment