My Add

Tuesday 21 August 2012

600 pelajar ikuti3 program pengajian

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
PUTRAJAYA, ISNIN, 20 Ogos, 2012: Bermula tahun ini, seramai 600 pelajar cemerlang menjadi kumpulan pertama yang akan ditempatkan di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi mengikuti tiga program pengajian perubatan, pergigian dan farmasi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu dibuat berikutan tiada kekosongan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sekali gus memenuhi impian pelajar yang memperoleh PNGK 4.0 untuk mengikuti program berkenaan memandangkan ia merupakan pilihan pertama mereka

Kata beliau, penempatan mereka di IPTS itu akan turut dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun ia berdasarkan persetujuan mereka sendiri bagi kemasukan sesi akademik 2012/ 2013.

''Apa yang penting seramai 3,536 pelajar yang memperolehi PNGK 4.0 sebahagian besarnya mendapat program pengajian mengikut pilihan pertama mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment