My Add

Tuesday 21 August 2012

Aidilfitri di perbatasan

SERIAN, ISNIN, 20 Ogos, 2012: Walaupun tidak dapat menyambut Aidilfitri kerana bertugas di perbatasan, namun 117 anggota tentera dari Regimen ke-4 Kor Armor Diraja, Kem Penrissen tetap ceria apabila Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menjenguk dan meraikan hari bermakna itu bersama mereka di Kem Jawatankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Balai Ringin, di sini semalam.

Selain memberi kata-kata semangat dan penghargaan, Zulkifli yang tiba di sini petang kelmarin turut membantu anggotanya menyediakan juadah untuk dinikmati pada pagi raya dengan membakar lemang, memasak ketupat dan dodol.

Seramai 277 anggota dari Rejimen Ke-4 Kor Amor Diraja terlibat dalam dalam operasi mengawal kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di beberapa pos kawalan di negeri ini tetapi hanya 117 termasuk 57 orang beragama Islam mendapat peluang meraikan Aidilfitri bersama Zulkifli di Kem JPG Balai Ringin, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment