My Add

Sunday 26 August 2012

Apek terselamat dalam kemalangan

KOTA BHARU, SABTU, 25 Ogos, 2012: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini memberitahu, kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan itu dan tidak mengalami kecederaan serius," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment