My Add

Sunday, 26 August 2012

Keluarga Ibrahim Pendek gembira kedai diperbaiki semula

MELAKA, SABTU, 25 Ogos, 2012: Tiada apa yang lebih menggembirakan keluarga seniman legenda, Allahyarham Ibrahim Pendek apabila kedai makan diusahakan kini dilengkapi pelbagai kemudahan.

Jelas anak pelakon itu, Aidid Ibrahim, 33, kelengkapan baru hasil sumbangan Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Zainal Abu telah memberi sinar baru buat dia dan keluarganya.

“Alhamdulillah, gerai makan saya telah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan termasuk barangan elektrik, meja dan kerusi, pinggan dan cawan, tempat tebar roti canai serta mesin membuat air batu campur yang baru.

“Datuk Bandar menghabiskan ribuan ringgit bagi memastikan perniagaan saya dan keluarga dapat memberi keselesaan kepada pelanggan.

“Sejak diperbaiki dan perniagaan dimulakan pada Rabu lalu, maklum balas daripada pelanggan amat baik dan kami sekeluarga berasa gembira dengan keadaan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

No comments:

Post a Comment