My Add

Monday 27 August 2012

Assad bidas konspirasi asing jatuhkan Syria

DAMSYIK, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini berkata Syria tidak akan tunduk dengan 'konspirasi asing' yang mendakwa tentera kerajaan sebagai punca menyebabkan pertumpahan darah di negara itu.

“Rakyat Syria tidak akan membenarkan konspirasi ini beroleh kejayaan dan mereka akan ditumbangkan dengan apa cara sekalipun," katanya dalam mesyuarat dengan pegawai tertinggi dari Iran.

Pemimpin Syria itu sejak Mac tahun lalu berusaha menggunakan pihak keselamatan dan tentera kerajaan untuk memulihkan kekacauan membabitkan orang awam sehingga menyebabkan banyak pertumpahan darah.

Setakat ini, ribuan nyawa terkorban serta lebih 200,000 pelarian negara itu menyeberangi sempadan ke negara jiran.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria mendakwa, lebih 320 penduduk maut dalam pertempuran lima hari membabitkan pemberontak dengan tentera kerajaan di Daraya, bandar satelit di barat daya Damsyik. - AFP

No comments:

Post a Comment