My Add

Monday 27 August 2012

Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar

BALIK PULAU, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Seorang lelaki ditemui mati dengan kedua belah tangan terikat dan leher dikelar dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata mayat lelaki terbabit, Ghadzali Ahamad, 53, ditemui rakannya yang datang untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan asma pada pukul 10 pagi.

"Rakan mangsa bertindak memecahkan pintu selepas panggilannya tidak berjawab dan terperanjat apabila mendapati Ghadzali yang hanya berkain pelekat terlentang tidak sedarkan diri dalam salah sebuah bilik di rumah itu,” katanya kepada pemberita.

Mangsa yang tinggal bersendirian dilihat buat kali terakhir pada pukul 8 malam tadi dan dia dikatakan telah membeli bunga api untuk saudaranya yang tinggal berhampiran lokasi kejadian.

Mazlan berkata hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum ditemui dan polis turut menemui kesan pergelutan di bilik terbabit. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment