My Add

Tuesday 28 August 2012

ASW 2020 agih pendapatan 6.60 sen seunit


*AHMAD Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mempamerkan nilai keuntungan saham Amanah Saham Wawasan 2020 pada sidang media di Menara PNB, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos , 2012:Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012.

ASNB merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad. (PNB).

Menurut kenyataan, agihan itu merupakan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit pada tahun lalu.

"Kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM981.89 juta, peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM900.72 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment