My Add

Tuesday 28 August 2012

Belanja RM3,000 pasang Jalur Gemilang

*ABDULLAH Ahmad (kiri) berbelanja kira-kira RM3,000 setahun untuk menghias rumah kedainya dengan Jalur Gemilang di Kampung Hutan Gelam, Tikam Batu,Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Semangat cintakan negara mendorong seorang pesara tentera menghiasi pekarangan rumahnya di Kampung Hutan Gelam, Tikam Batu dekat sini dengan pelbagai replika yang memaparkan tema kenegaraan dan Jalur Gemilang setiap tahun.

Abdullah Ahmad, 64, sanggup membelanjakan kira-kira RM3,000 untuk menghias rumahnya dengan kira-kira 600 Jalur Gemilang pada Ogos setiap tahun, sejak 12 tahun lalu.

Malah, pengusaha kedai mi udang Achik Gemilang itu turut membina pintu gerbang dan mengecat rumah kedainya dengan warna Jalur Gemilang.

Bekas anggota tentera berpangkat koperal itu memberitahu, kerja-kerja membina gerbang, replika dan menghias dilakukan hasil kreativiti sendiri untuk menunjukkan rasa cintanya kepada negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment