My Add

Saturday 25 August 2012

Bibi tidak sabar tatap suami

 *BIBI Suntek bersama tiga anaknya (dari kiri) Aaron Jay, Nathenial Japang dan Billester.

MIRI, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: "Saya dan anak-anak tidak sabar untuk menatap wajah serta memeluk suami saya esok. Saya menyangka Hari Gawai lalu adalah kali terakhir saya dan anak-anak bermesra dengan suami".

Begitu luahan Bibi Suntek, 42, isteri kepada mangsa tahanan lanun Nigeria, George Lipih Ambo, 42, yang bakal pulang ke tanah air esok.

Bibi mengakui begitu terkejut mendapat panggilan telefon daripada suaminya memaklumkan tentang keadaannya yang selamat pada pukul 6.25 pagi semalam.

"Saya menjerit kegembiraan selepas mendengar suara suami di telefon dan bersyukur kerana dia masih hidup," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, dia dan tiga anaknya hidup dalam kesedihan sebaik sahaja mendapat berita daripada rakan setugas suaminya bahawa George diculik lanun pada 6 Ogos lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment