My Add

Saturday 25 August 2012

"Geng Bumper" aktif samun kenderaan tumpas

KUALA LUMPUR,SABTU, 25 Ogos, 2012: Polis menumpaskan "Geng Bumper" yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan sekitar ibu negara berikutan tertangkapnya empat lelaki di Jalan Gajus, di sini, 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian 9.30 malam itu polis menahan empat lelaki berusia 21 hingga 31 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Camry dipercayai disamun di Taman Connaught pada hari yang sama.

"Hasil siasatan ke atas keempat-empat suspek ini membawa kita kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berumur 31 tahun di sebuah rumah di Klang pada hari yang sama," katanya.

Turut dirampas bersama suspek ialah sebuah kereta jenis Toyota Harrier yang disamun di Mont Kiara,” katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment