My Add

Friday 3 August 2012

BN Sabah tetap kukuh

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Barisan Nasional (BN) Sabah tetap kukuh di sebalik krisis melibatkan beberapa pemimpin komponen di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Musa Aman berkata, BN tetap meneruskan usaha membantu rakyat Sabah dan pada masa sama segala gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang terus dilaksanakan.

“Tiada perpecahan berlaku di Sabah dan BN serta UMNO tetap utuh di sebalik apa yang berlaku.

“Kami juga bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Sabah yang dihadiri kira-kira 1,200 mahasiswa negeri itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment