My Add

Friday 3 August 2012

PKNS wajar digelar 'Hood Robin'

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memang wajar diberi gelaran 'Hood Robin' kerana kini telah jauh lari daripada matlamat asal penubuhannya iaitu membina rumah untuk golongan miskin dan berpendapatan sederhana di Selangor.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, SD Johari Md. Yassin berkata, beliau amat bersetuju dengan pandangan bekas Ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim bahawa PKNS sewajarnya diberi gelaran itu kerana ia lebih berminat menjaga kepentingan orang kaya termasuk pemilik Talam Corporation Berhad (Talam).

Sehubungan itu, beliau meminta Pengurus Besar PKNS, Othman Omar memberi penjelasan tentang kewajaran perbadanan berkenaan mengambil alih hutang Talam.

"Soalan pokok sekarang adalah mengapa Othman dan PKNS tukar peranan daripada membina rumah untuk rakyat miskin dan sederhana kepada mengambil alih hutang orang kaya seperti Tan Sri Chan Ah Chai (Pengerusi Talam) dan Talam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment