My Add

Tuesday 28 August 2012

Boleh diperintah berkelakuan baik

  Nor Afizal Azizan
Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Mahkamah Rayuan menegaskan, perintah pembebasan dengan bon ikat jamin berkelakuan baik untuk tempoh tertentu boleh diberikan kepada pesalah muda dan pesalah kali pertama yang disabitkan merogol gadis bawah umur.

Bagaimanapun, budi bicara mahkamah itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk fakta kes, kepentingan awam, kerelaan mangsa sendiri, keinsafan dan kesungguhan pesalah untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Melaka betul ketika membebaskan pemain boling tenpin handalan kebangsaan, Nor Afizal Azizan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun berserta ikat jamin RM25,000 atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

Demikian penghakiman bertulis Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif ketika mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Nor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment