My Add

Tuesday, 28 August 2012

Semangat merdeka Jumoro

*MOHD. Jumaro Marzuki dan Azizah Yakimin sedang menggantung kain rentang tertera gambar Perdana Menteri di rumah mereka di Felda Gugusan Raja Alias Empat, dekat Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.

JEMPOL, ISNIN. 27 Ogos, 2012: Sesiapa sahaja yang melintasi rumahnya, pasti akan memperlahankan kenderaan.

Ini kerana rumah Mohd. Jumoro Marzuki, 55, yang lahir pada 31 Ogos 1957 dan terletak di Felda Gugusan Raja Alias Empat, Bandar Seri Jempol di sini, dihiasi dengan Jalur Gemilang.

''Jika orang lain hanya mengibarkan bendera pada bulan kemerdekaan, saya pula akan mempastikan rumah sentiasa dihiasi Jalur Gemilang, malah ia akan diganti dengan bendera baru setiap tiga bulan sekali," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya baru-baru ini.

Kata Mohd. Jumoro, ada yang berpendapat dia menghiasi rumah dengan Jalur Gemilang semata-mata kerana hobi.

''Jika itu pandangan orang, maka anda silap. Saya membuat perkara ini kerana semangat kemerdekaan yang tinggi. Saya telah melakukannya sejak memasuki Felda, kira-kira 28 tahun lalu. Saya bangga dengan Jalur Gemilang dan pencapaian negara.

''Jika sesetengah orang menyambut hari kelahiran dengan memotong kek, saya akan menghias rumah dengan unsur kemerdekaan.

''Saya tidak berkira dalam soal ini. Saya bina tugu 1Malaysia di hadapan rumah dengan kos RM400. Tunggulah, saya akan mengibarkan bendera setiap negeri di halaman rumah," katanya.

Keghairahan terhadap Jalur Gemilang turut dikongsi oleh isterinya, Azizah Yakimin, 56,

''Apabila suami bersemangat, saya pun turut sama. Kami telah menambah kain rentang yang dicetak gambar keluarga dan mengaitkannya dengan kemerdekaan.

''Tengoklah pasu bunga pun kami cat dengan warna Jalur Gemilang," katanya bangga.," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment