SIBU, RABU, 01 Ogos, 2012: Tindakan pantas sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin Wilayah Lima mengesan kegiatan mencurigakan berdekatan Jambatan Igan di sini, berjaya mematahkan cubaan memindahkan secara haram kira kira 130 batang kayu balak pagi ini.
Ketua pasukan berkenaan, Inspektor Mohd Hidayat Nordin berkata, tiga rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 50-an dan seorang berumur 30-an yang merupakan pemandu lori dan pengendali jengkaut telah ditahan dalam operasi itu.
Enam warga asing berusia antara 20 dan 35 tahun yang merupakan krew sebuah kapal dipercayai untuk mengangkut kayu balak tersebut turut ditahan, katanya pada sidang media di sini hari ini. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment