KUALA TERENGGANU, RABU, 01 Ogos, 2012: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.” Demikian luah Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjamannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) selepas didapati menyertai perhimpunan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lepas.
Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu yang menerima nasib itu, dan hari ini beliau menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.
"Saya sebelum ini telah diluluskan pinjaman oleh YT sebanyak RM301,144.
Daripada jumlah itu saya telah belanja sebanyak RM170,000 untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang datang bersama bapanya Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan pada Julai tahun lepas, tidak ada pihak lain yang tampil membantunya dalam meneruskan pengajian. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment