My Add

Thursday 23 August 2012

Dalang samun wang mesin ATM

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: - Polis percaya beberapa kes kejadian pecah dan samun wang mesin pengeluaran automatik (ATM) di sekitar Lembah Klang sejak kebelakangan ini didalangi oleh dua kumpulan penjenayah dianggotai kakitangan syarikat keselamatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, berdasarkan modus operandi perompak, pihaknya yakin ia dilakukan oleh individu yang mempunyai kemahiran tentang pengendalian mesin ATM dan sistem keselamatan di bank.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya percaya kakitangan syarikat keselamatan mempunyai kaitan dengan kes-kes yang dilaporkan dan ia terbukti dengan tangkapan dua pekerja syarikat keselamatan dalam kes cubaan samun mesin ATM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di Kajang pada 15 Ogos lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment