My Add

Thursday 23 August 2012

Teruskan tekanan Guan Eng, Kit Siang bersua

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Tekanan ke atas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng perlu diteruskan bagi memastikan mereka tampil memberi penjelasan berhubung tindakan mengelak daripada bersuara mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan Pas.

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, ia penting kerana rakyat perlu tahu pendirian kedua-dua pemimpin kanan parti itu yang selama ini memilih pendekatan 'jalan selamat' untuk tidak menyentuh isu tersebut.

"Saya melihat tindakan Guan Eng dan Kit Siang ini semata-mata tidak mahu memudaratkan karier dan reputasi politik Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Mereka tidak mahu terperangkap dalam isu yang sensitif.

"Tambahan pula, seperti yang kita maklum sejak dahulu lagi Pengerusinya, Karpal Singh begitu konsisten berjuang dalam membantah cadangan Pas itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment