My Add

Sunday 5 August 2012

Dedah rahsia pelanggan bank

Oleh TERMIZI CHE ANUAR dan KASTHURI JEEVANDRAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Ogos, 2012: Keselamatan orang ramai boleh terancam sekiranya maklumat sulit dan rahsia mereka sebagai pelanggan institusi kewangan didedahkan sewenang-wenangnya kepada umum.

Ketua Pegawai Eksekutif Westports Malaysia, Ruben Emir Gnanalingamberkata, maklumat sulit dan rahsia itu akan menyebabkan mereka menjadi sasaran penjenayah.

Keadaan itu tambahnya, akan menyebabkan negara menjadi kucar-kacir kerana kerana kadar jenayah terutamanya penculikan dan rompakan akan meningkat kerana sikap tidak bertanggungjawab bank mendedahkan maklumat sulit dan rahsia pelanggan mereka.

"Bank memikul amanah yang cukup besar dalam memastikan kerahsiaan setiap pelanggan mereka dilindungi kerana ia melibatkan soal keselamatan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment