My Add

Sunday 5 August 2012

Piawaian peperiksaan politeknik perlu dikaji - Khaled

JOHOR BAHRU, SABTU, 04 Ogos, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi meminta semua politeknik mengkaji semula piawaian peperiksaan dan pemarkahan agar memudahkan pelajarnya memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, timbul kesukaran bagi lepasan politeknik untuk memasuki IPTA kerana piawaian pemarkahan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang lebih rendah daripada kolej matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Jika diamati kelulusan dari institusi-institusi lain termasuklah politeknik ataupun institusi pengajian tinggi swasta, pemarkahannya tidak sama berbanding dengan matrikulasi ataupun tingkatan enam.

"Kalau nak disamakan, institusi itu perlu lakukan kesamarataan antara pemarkahan, sebab jika lulusan politeknik memperoleh PNGK 3.6, belum tentu sama dengan PNGK yang dimiliki pelajar matrikulasi dan tingkatan enam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment