My Add

Wednesday 1 August 2012

Denggi: Kompaun lebih RM4 juta dikeluarkan

KUALA LUMPUR, SELASA, 31 Julai, 2012: Sebanyak 10,178 kompaun bernilai lebih RM4 juta dikeluarkan berikutan penguatkuasaan bagi pencegahan dan kawalan wabak denggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata dalam tempoh itu juga 689 kes didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan daripada jumlah itu 420 kes disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM135,480.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu adalah mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (1975).

Beliau berkata sepanjang bulan lepas sahaja, 1,475 orang dikenakan tindakan kompaun bernilai RM704,150, manakala 190 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan daripada jumlah itu 45 kes disabit kesalahan dan dikenakan denda berjumlah RM15,150 di bawah akta yang sama.

Sepanjang tempoh itu juga, katanya, kompaun hampir RM2 juta dikeluarkan terhadap 8,982 kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment