My Add

Tuesday 28 August 2012

Dibekal baju kalis peluru



*ABDUL Azeez Abdul Rahim menunjukkan antara barang bantuan kemanusiaan Rohingya di pejabat Kelab Putra 1Malaysia, Jalan Kampung Attap Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Rashed Osman (dua kiri). - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
Oleh ASSIM HASSAN 
K
UALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Seramai 45 sukarelawan yang mengikut Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya Kelab Putera 1Malaysia bakal dibekalkan baju kalis peluru bagi tujuan keselamatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, baju kalis peluru itu akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan tentera serta dibawa bersama dalam misi tersebut.

Menurutnya, selain baju kalis peluru, pihaknya turut menyediakan perlindungan insurans ke atas semua sukarelawan termasuk wakil media.

"Kita mengambil berat mengenai keselamatan sukarelawan yang terlibat dalam misi ini dan menyediakan baju kalis peluru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam proses penyaluran bantuan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment