My Add

Tuesday 28 August 2012

Sindiket tukar wang palsu tumpas, tiga ditahan

IPOH, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Polis menumpaskan satu sindiket penukaran wang palsu menggunakan mata wang India dengan tertangkapnya dua lelaki Pakistan dan seorang rakyat Lebanon dalam serbuan di sebuah premis penukaran wang berlesen di sini dan Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Dalam tangkapan itu, polis telah menemui 402 keping wang kertas 1,000 rupee (RM55) dimiliki oleh ketiga-tiga suspek yang berusia 22 hingga 42 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis turut menjumpai tiga buah telefon, sebuah beg berwarna hitam serta dua pasport negara Pakistan.

"Suspek akan ke premis wang berlesen dan menukar wang palsu mata wang India tersebut kepada Ringgit Malaysia. Siasatan mendapati wang yang digunakan adalah sangat berkualiti tinggi sehingga sukar untuk dibezakan dengan yang asli. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment