My Add

Sunday 26 August 2012

Dua penjenayah larikan 9 dulang barang kemas


*ANGGOTA Unit Forensik Polis memeriksa kesan cap jari di sekitar tempat kejadian selepas dua penjenayah bersenjatakan pistol melarikan sembilan dulang barang kemas di sebuah kedai emas di Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban, kelmarin. - MINGGUAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN, SABTU, 25 Ogos ,2012: Dua penjenayah dipercayai bersenjatakan dua pucuk pistol mengambil masa lima minit untuk melarikan sembilan dulang barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.10 petang, kedua-dua suspek berusia 30-an yang memakai topi keledar itu menyerbu masuk ke dalam kedai sebelum mengacukan pistol ke arah empat pekerjanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Lim Kim Fook berkata, kedua-duanya mengarahkan pekerja-pekerja itu memasukkan barang-barang kemas ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment