My Add

Sunday 26 August 2012

NGO buat laporan polis terhadap Malaysiakini

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Ogos, 2012: Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini tampil membuat tiga laporan polis terhadap portal berita propembangkangMalaysiakini dan satu lagi berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyentuh sensitiviti agama Islam baru-baru ini.

Portal propembangkang tersebut menyiarkan Isu Pulangkan Abu Ibu Kamiberhubung tuntutan sekumpulan individu untuk mengadakan upacara pengkebumian mengikut agama Hindu terhadap mayat seorang yang didakwa beragama Islam, pada 18 Ogos lalu.

Isu kematian wanita itu, M. Nagamah, 64, menjadi kontroversi apabila si mati yang didakwa beragama Islam dibakar mengikut upacara agama Hindu.

Abu mayat Nagamah bagaimanapun telah diambil Jabatan Agama Islam Seberang Perai Selatan pada 14 Ogos selepas jabatan itu mengesahkan si mati memeluk agama Islam pada November 2006. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment