My Add

Friday 3 August 2012

Edar heroin: Pelarian Myanmar berdepan hukuman gantung

KUANTAN, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Seorang pelarian warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar 31 gram heroin Ahad lalu. 

Tertuduh, Khine Win, 36, yang fasih berbahasa Melayu dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1953. 
Dia boleh dihukum mengikut Seksyen 39B akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. 

Khine Win, pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dituduh melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Haji Ahmad di sini, pada jam 2.40 petang, 29 Julai lalu. 

Majistret Rini Triani Mohamad Ali tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan sebutan bagi laporan kimia kes itu pada 10 September depan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Ahmad Nazari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment