My Add

Friday 3 August 2012

Rakyat rayu PM lulus peruntukan selesai masalah air Kelantan

PASIR MAS, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau akan merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meluluskan segera peruntukan khas daripada Tabung Bencana Negara untuk menyelesaikan isu air di Kelantan, yang disifatkannya semakin kritikal. 

Ibrahim, yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berkata beliau sendiri akan menyampaikan rayuan itu kepada Perdana Menteri sebaik Najib tiba di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, di sini sempena lawatan ke Kelantan Ahad ini. 

Katanya, tindakan itu sebagai langkah jangka pendeknya mewakili rakyat negeri ini memandangkan masalah air di negeri ini yang dikendalikan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kini berada pada tahap kritikal. 

"Saya akan memohon supaya PM meluluskan peruntukan segera di bawah Tabung Bencana Negara di mana setiap kawasan Parlimen dicadangkan antara RM100,000 hingga RM200,000 yang membabitkan keseluruhan kos RM1.4 juta untuk 14 kawasan Parlimen di seluruh negeri," katanya di sini, hari ini. 

Beliau berkata, pemimpin PAS di Kelantan tidak boleh menyalahkan fenomena alam dan kemarau menyebabkan berlaku masalah air, tanpa mengakui kelemahan mereka dalam menguruskan bekalan air di negeri ini. 

"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, saya sokong tindakan rakyat mengambil tindakan undang-undang sivil untuk menuntut ganti rugi daripada kerajaan Kelantan dan AKSB apabila mereka sudahpun melantik peguam untuk tujuan itu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment