My Add

Saturday 4 August 2012

Fatehah gagal lepasi pusingan pertama

LONDON, SABTU, 04 Ogos, 2012: Atlit berbasikal wanita tunggal negara, Fatehah Mustapa (gambar)menyudahkan kemunculan sulung dalam kancah Sukan Olimpik dengan nota sedih apabila tersingkir daripada acara keirin wanita, lewat malam tadi.

Dalam Repechage pusingan pertama di Olympic Velodrome, pelumba dari Terengganu itu sekadar meraih tempat kelima dengan tiga teratas layak ke pusingan kedua. 

Terdahulu dalam saringan 2, pusingan pertama, juara Asia itu menghuni tangga keempat dalam perlumbaan yang turut membabitkan dua pelumba lebih tersohor seperti Victoria Pendleton dari Britain dan Anna Mears dari Australia. 

"Dia mencuba tapi kemampuan di sini belum cukup menandingi pelumba bertaraf dunia lain. Dia mendapat pengalaman baru dan selepas ini dia tampak ada prospek untuk berlatih ke arah Sukan Olimpik 2016," kata pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamed selepas tamat saingan itu.

Harapan dari velodrom kini tertumpu kepada Azizulhasni Awang yang akan turun beraksi dalam acara pecut yang bermula hari ini dan keirin Selasa nanti. 

Sementara itu, Cheong Jun Hoong dan Ng Yan Yee gagal layak ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal individu selepas hanya mampu menghuni tangga ke-20 dan 24 di Pusat Akuatik, lewat malam tadi.

Dalam acara kapal layar, kategori Laser perlumbaan 7 dan 8, wakil negara, Khairulnizam Mohd Affendy mendapat tempat ke-45 dan akan menyambung cabaran perlumbaan 8 dan 9, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment