My Add

Saturday 4 August 2012

Jabatan Imigresen NS tumpas sindiket palsu kuota

SEREMBAN, SABTU, 04 Ogos, 2012: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menumpaskan satu sindiket memalsukan surat kelulusan kuota bagi pekerja asing untuk dikemukakan kepada Jabatan Imigresen bagi pengeluaran surat kelulusan visa dengan rujukan.

Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata ini ekoran pihaknya menahan lima lelaki termasuk seorang warga Pakistan dan seorang warga India, berumur 25 tahun hingga ke 40-an di Seremban dan beberapa lokasi lain di Kuala Lumpur sejak Rabu lepas.

"Selain menyita dua buah kereta, kita turut merampas 86 pasport pelbagai negara, 12 visa dengan rujukan tulen, satu visa dengan rujukan palsu, 13 surat kelulusan kuota pekerja asing palsu, 13 resit tulen, 10 resit palsu, 4 profil syarikat SSM palsu.

"Dua surat kebenaran majikan untuk mengambil pekerja asing di KLIA palsu, 2 cop palsu, resit bayaran bank dan pelbagai dokumen lain,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya sepanjang pihaknya mengikuti kes ini selama kira-kira lima bulan, didapati juga agen-agen ini atau orang tengah ini, selain daripada mengeluarkan surat-surat palsu, mereka juga banyak terlibat dalam urusan lain.

Katanya kes ini terbongkar apabila pihaknya menerima permohonan atas nama satu syarikat pada Rabu lepas yang disyaki palsu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment