*GEORGE disambut gembira oleh isterinya, Bidi Suntek, 42, serta anak-anaknya sebaik tiba di KLIA, petang tadi. - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki
Oleh THOMAS CHONG
SEPANG, SABTU, 25 Ogos, 2012: Rakyat Malaysia dari Sarawak, George Lipih Ambo terpaksa hidup dalam ketakutan selama 20 hari apabila diacukan senjata M16 selama 24 jam sehari semasa diculik lanun di Nigeria.
Lebih menakutkan, George berdepan dengan 15 lanun yang bukan sahaja panas baran tetapi khayal dadah serta mabuk mengambil minuman keras siang dan malam.
"Saya hampir tertembak oleh peluru sesat pada satu hari apabila lanun-lanun yang khayal dan tengah mabuk main dengan senjata api M16.
"Selain berdepan risiko ditembak, hidup dikurung dalam kawasan hutan juga cukup terseksa kerana kita hanya mengalas perut dengan roti selain kesakitan digigit serangga seperti nyamuk," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Ketibaan George di KLIA disambut oleh isteri, Bibi Suntek dan tiga anaknya yang tiba dari Sarawak pada awal pagi ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment