My Add

Sunday 26 August 2012

3,000 hadir pada majlis perkahwinan Ustaz Don



*DON Daniyal Don Biyajid bersama isterinya, Husna Mohd. Zahry pada majlis persandingan mereka di Taman Jelita, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam.

BALIK PULAU, SABU, 25 Ogos, 2012: Hampir 3,000 tetamu hadir memeriahkan majlis perkahwinan penceramah agama popular, Don Daniyal Don Biyajid atau Ustaz Don, di sini hari ini.

Don Daniyal, 28, selamat diijabkabul bersama pasangan, Husna Mohd. Zahry, 24, di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita, Kuala Sungai Pinang selepas solat asar semalam.

Menurut Ustaz Don, beliau berharap agar perkahwinannya itu akan melengkapkan imannya dan keenam-enam rukunnya.

"Alam perkahwinan yang telah saya lalui ini ibarat melengkapkan iman dan bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.

"Begitupun saya tidak memikirkan lagi lokasi berbulan madu dan berapa anak yang diinginkan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment