My Add

Saturday 25 August 2012

Guan Eng digesa beri penjelasan


*OH Teong Keong (kanan) menunjukkan carta pemilikan saham KLIDC yang didakwa mempunyai kaitan dengan urus niaga penjualan tanah Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis sambil diperhatikan oleh H'ng Khoon Leong di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Oleh LEE HOOI BOON
PULAU PINANG, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mendakwa seorang perempuan yang digelar sebagai 'Cik P' dan merupakan pemilik sebuah banglo di Jalan Pinhorn yang kini diduduki Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkemungkinan mempunyai kaitan dalam penjualan tanah kosong seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.

Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leong mendakwa, Cik P merupakan rakan kongsi kepada seorang individu bergelar Datuk dari Sabah yang merupakan pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment