My Add

Saturday 25 August 2012

DAP mahu muncul kuasa autonomi?

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Keghairahan DAP yang dikatakan mahu mendominasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dipercayai mempunyai kaitan dengan cita-cita parti itu untuk mendapatkan kuasa autonomi.

Difahamkan DAP bercita-cita menjadi kuasa tunggal bagi membolehkan mereka menentukan dasar kerajaan negeri tanpa memerlukan sokongan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pun Pas.

Menurut sumber dalaman PKR, sikap DAP itu menimbulkan rasa kurang senang parti tersebut dan satu lagi parti sekutu iaitu Pas.

"PKR mahu perkongsian kuasa yang adil dalam pakatan pembangkang, tetapi DAP cenderung ke arah kuasa autonomi," katanya.

Kemelut pembahagian kerusi itu memuncak sehingga tersebar kenyataan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang menyifatkan Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment