My Add

Saturday 25 August 2012

Guan Eng digesa dedah status ekonomi negeri

GEORGETOWN, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Parti Gerakan Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendedahkan situasi sebenar keadaan industri dan ekonomi negeri ini.

Penolong Setiausahanya, Goh Kheng Sneah, berkata pihaknya yang melakukan kajian berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia menunjukkan antara semua negeri, Pulau Pinang berada pada kedudukan ketujuh.

“Guan Eng seharusnya memantau bagi memastikan semua pelaburan yang diberi kelulusan, berjalan mengikut rancangan tetapi kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah tidak tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Mengikut statistik pelaburan negeri tahun ini, ia mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 70 peratus iaitu RM1.1 bilion berbanding RM9.1 bilion tahun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan di sini, semalam.

Kheng Sneah berkata, pihaknya juga mendapati ada pelabur yang tidak melabur, biarpun sudah mendapat kelulusan kerajaan negeri tiga tahun lalu. - BH

No comments:

Post a Comment