My Add

Saturday 25 August 2012

Mansor Othman nafi kata Lim Guan Eng sombong, angkuh


*MANSOR Othman (dua dari kiri) bersama Lim Guan Eng dan Salleh Man bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pada sidang media hari ini.

PULAU PINANG, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Dalam usaha menjernihkan hubungan beliau dengan Lim Guan Eng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman hari ini menafikan menggunakan perkataan ‘sombong’ dan ‘angkuh’ terhadap Ketua Menteri itu.

Bagaimanapun, Mansor mengakui menggunakan perkataan ‘tokong’ sebagai gelaran kepada Guan Eng yang bermaksud sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.

“Saya tidak pernah menggelar Ketua Menteri ‘sombong’ dan ‘angkuh’ dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakannya.

“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudiannya disiarkan dalam blog dengan niat jahat untuk merosakkan hubungan baik antara PKR dan DAP serta cuba mengeruhkan hubungan baik antara saya dan Ketua Menteri," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment