My Add

Friday 24 August 2012

H1N1 bukan punca wanita mati

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
KUALA LUMPUR, KHAMIS,23 0gos, 2012: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjelaskan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) bukanlah penyebab langsung kepada kematian seorang wanita di Seremban seperti dilaporkan media, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman (gambar) berkata, walaupun wanita terbabit disahkan positif H1N1 selepas menjalani ujian makmal palitan tekak, namun punca kematiannya adalah akibat radang paru-paru.

"Penilaian oleh pakar perubatan mendapati punca utama kematian wanita tersebut akibat jangkitan bakteria yang teruk selain mempunyai masalah berkaitan obesiti.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan H1N1 sebagai satu influenza bermusim, justeru risikonya sama seperti penyakit influenza bermusim yang lain," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment