My Add

Friday 24 August 2012

Jasmin sedia sambung tugas ADUN

TASEK GELUGOR, KHAMIS, 23 Ogos, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed membayangkan untuk terus mengekalkan jawatannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti jika diberi peluang oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Menurut wakil rakyat sejak empat penggal itu, beberapa pemimpin tempatan serta penduduk setempat masih menaruh kepercayaan untuk beliau terus kekal di situ.

Jasmin, 55, berkata, jika pimpinan parti mahu beliau terus bertanding, tiada alasan baginya untuk menolak kerana itu adalah satu kepercayaan yang tinggi untuknya.

"Saya sedia bertanding pada PRU-13 sekiranya dipilih pimpinan UMNO, malah penduduk setempat juga masih menaruh harapan kepada saya.

"Mereka mengharapkan seseorang yang dikenali serta mudah dihubungi selain senang dengar masalah rakyat untuk wakili mereka di Sungai Dua ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment