My Add

Friday 24 August 2012

Hampir 25,000 rakyat Syria terkorban sejak Mac 2011

BEIRUT, KHAMIS, 24 Ogos, 2012: Sekurang-kurang 24,495 penduduk Syria maut sejak tercetusnya pemberontakan anti rejim Bashar Al-Assad sejak Mac tahun lalu.

Menurut Pengarah Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel, seramai 17,281 orang awam maut di Syria sepanjang 17 bulan yang lalu.

Jumlah tersebut, kata beliau, termasuk tentera yang menyertai pemberontakan tersebut.

Tambah beliau, selain itu, sejumlah 6,163 tentera kerajaan telah dibunuh, manakala 1,051 lain merupakan mereka yang didakwa sebagai pembelot. - AFP

No comments:

Post a Comment