My Add

Friday 24 August 2012

332 kes denggi dilapor dari 12 hingga 18 Ogos

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Sejumlah 332 kes demam denggi dilaporkan sepanjang minggu lepas, dengan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 18 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman.

Berbanding minggu sebelumnya, 379 kes dilaporkan dengan kadar pembiakan aedes didapati meningkat di enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kelantan, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, jumlah kes terkumpul demam denggi dari Januari sehingga 18 Ogos lepas adalah 14,244 kes, iaitu meningkat 10 peratus atau 1,288 kes bagi tempoh sama tahun lepas dengan 26 jumlah kematian iaitu meningkat lima kes berbanding 21 kematian yang dilaporkan pada tahun lepas.

Justeru, beliau mengesa orang ramai supaya menjaga kebersihan persekitaran kediaman kerana peningkatan kes dan wabak demam denggi dipengaruhi peningkatan kadar pembiakan aedes. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment