My Add

Friday 3 August 2012

Hanya lapan Hospital Rakan Bayi swasta

PUTRAJAYA, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Hanya 4.4 peratus atau lapan daripada keseluruhan 183 hospital swasta di negara ini mencapai status Hospital Rakan Bayi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menyifatkan pencapaian tersebut sebagai tidak memuaskan, beliau mahu jumlah tersebut digandakan menjelang hujung tahun ini.

Sehubungan itu, katanya, perbincangan dan kerjasama antara kementerian dan hospital swasta bakal dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Menurut Tiong Lai, sehingga kini terdapat 139 buah Hospital Rakan Bayi di seluruh negara terdiri daripada 127/127 (100 peratus) hospital kerajaan; 2/3 (67 peratus) hospital tentera; 2/3 (67 peratus) hospital universiti dan 8/183 (4.4 peratus) hospital swasta.

"Inisiatif Hospital Rakan Bayi sebenarnya telah dilaksanakan di Malaysia semenjak 1992. Pada 1996, kita telah memberi pengiktirafan Hospital Rakan Bayi pertama di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat kebangsaan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment