My Add

Friday 3 August 2012

Penipuan menerusi Internet serius di Pahang

KUANTAN  KHAMIS, 02 Ogos, 2012: - Penipuan melalui internet membabitkan mangsa wanita dilaporkan serius di Pahang dengan polis menerima 22 aduan membabitkan kerugian RM1,045,695 bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang DSP Mohd Rizal Kamarudin kebanyakan mangsa ialah wanita Melayu berusia lingkungan 32 hingga 45 tahun.

Katanya kesemua penjenayah sama ada individu atau berkumpulan menjalankan jenayah dengan menggunakan modus operandi yang sama iaitu bermula dengan perkenalan di laman sosial kemudian bercinta dan akhirnya mengambil kesempatan terhadap mangsanya.

Beliau berkata suspek memperdaya mangsa dengan mengatakan akan menghantar bungkusan barangan yang tidak wujud dari luar negara dan mangsa diminta membuat pelbagai pembayaran untuk menebusnya.

"Walaupun tidak pernah bersua muka dan mengenali antara satu sama lain, ada di antara mangsa sanggup memberikan wang kepada penjenayah terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu katanya, bagi tempoh yang sama, polis menerima 13 laporan berhubung kes penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai bank dan e-mel palsu dari bank.

Mohd Rizal daripada jumlah kes itu, enam dilaporkan di Kuantan, tiga di Temerloh, dua di Bentong dan masing-masing satu kes di Jerantut dan Cameron Highlands yang melibatkan kerugian sebanyak RM226,000.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment