My Add

Saturday 18 August 2012

Ibu bapa, 5 lagi didakwa cuai sebab kematian Wan Xuen


*DUA daripada tertuduh kes kematian Chua Wan Xuen.

BUTTERWORTH, JUMAAT, 17 Ogos, 2012: Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati akibat ditindih dalam satu upacara ritual pada awal bulan ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bersama lima ahli keluarganya yang lain atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Chua Seng Ban, 35; dan isterinya Lim She Lee, 35; bersama Chua Seng Hoo, 29; Chua Ah Luan, 40; Ong So Guat, 67; Loke Xim Lin, 21, serta seorang remaja lelaki berusia 16 tahun masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Kesemua tertuduh mempunyai ikatan kekeluargaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan satu perbuatan gopoh atau cuai yang menyebabkan kematian Chua Wan Xuen di rumah No. 39, Lorong Bukit Minyak 19, Taman Bukit Minyak, Bukit Tengah, Bukit Mertajam antara pukul 7.50 malam dan 10.52 malam, 5 Ogos lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment