My Add

Saturday 18 August 2012

Isteri maut, suami cedera motosikal dirempuh kereta

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 17 Ogos, 201: Kegembiraan sepasang suami isteri untuk melakukan persiapan raya untuk dua anak perempuan berakhir apabila salah seorang daripada mereka meninggal selepas terlibat dalam satu kemalangan maut di Jalan Bangsar, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Lenny Rulita Khairul, 30, difahamkan membonceng motosikal bersama suaminya, Yunaldi Bahar, 34, selepas membeli-belah keperluan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Medan, motosikal itu dirempuh dari belakang oleh sebuah MyVi yang dipandu oleh seorang wanita berusia 30an.

Akibat rempuhan itu, Lenny Rulita dikatakan melambung ke tengah jalan, manakala Yunaldi pula terseret, tetapi tidak mengalami kecederaan parah seperti isterinya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment