KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 atas kecemerlangan dalam bidang perubatan tempatan.
Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari dalam satu majlis di sini hari ini.
AIPM yang bermula sejak 2009 merupakan pengiktirafan perdana terunggul kepada agensi serta jabatan yang berjaya menghasilkan sesuatu perkara berimpak tinggi dan signifikan kepada kesejahteraan rakyat serta negara.
Pada majlis itu, Perdana Menteri serta para tetamu turut menyaksikan pembedahan pintasan jantung secara langsung dari bilik pembedahan IJN. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment