My Add

Tuesday 28 August 2012

JPN tutup operasi kaunter hujung minggu ini

KUALA LUMPUR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Kaunter hujung minggu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditutup sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 Jumaat ini.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata, kaunter Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri - kecuali JPN Kelantan dan Terengganu - akan ditutup pada Sabtu dan Ahad ini.

Turut ditutup pada kedua-dua hari tersebut ialah operasi kaunter JPN Kedah, manakala kaunter JPN Negeri Kelantan dan Terengganu ditutup pada Sabtu sahaja.

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-88808203/7077/7071/7067 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment