My Add

Wednesday 1 August 2012

Imam buat laporan polis

*SALIMIN Abd. Ghani (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Ledang, Johor, semalam bagi mengecam tindakan sebuah pusat tuisyen menggunakan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.
Oleh ZULHISHAM ISAHAK

LEDANG, SELASA, 31 Julai, 2012: Badan Kebajikan Imam-imam Daerah Ledang dan Jawatankuasa Imam-imam Masjid Qariah Daerah Ledang, hari ini membuat laporan polis berhubung kegiatan sebuah pusat tuisyen di sini, yang menghina Islam dalam nota ringkas bagi mata pelajaran Sejarah tingkatan empat dengan memaparkan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Laporan tersebut dibuat pukul 10.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ledang di sini dengan disertai oleh kira-kira 10 wakil badan tersebut yang diketuai oleh Pengerusinya, Salimin Abd. Ghani.

Salimin berkata, pihaknya membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pusat tuisyen berkenaan yang dianggap keterlaluan, biadab dan tidak boleh dimaafkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment