My Add

Wednesday 1 August 2012

Saya ingin mohon maaf - Chong Yoong

*FU Chong Yoong (kanan) dan Lim Lee Yee dari sebuah pusat tuisyen di Tangkak, Johor memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung lukisan karikatur yang menghina sahabat Nabi Muhammad SAW di Pejabat Pelajaran Negeri, Johor Bahru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU, SELASA, 31 Julai, 2012: Seorang guru dan pengusaha sebuah pusat tuisyen di Tangkak hari ini memohon maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakan mereka mengedarkan nota ringkas mata pelajaran Sejarah yang memaparkan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Guru tersebut, Fu Chong Yoong, 26, melahirkan kekesalan dan tidak mengetahui bahawa tindakannya menggunakan karikatur itu akan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Niat saya hanya ingin memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar dan bukan untuk menimbulkan sebarang isu. Saya memang tidak tahu perkara ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment