My Add

Wednesday 22 August 2012

IMW rancang senarai saham

Oleh AZMAN IBRAHIM
PELABUHAN KLANG, SELASA, 21 Ogos, 2012: Syarikat pemegang konsesi perkhidmatan pengerukan seluruh Malaysia, Integrated Marine Works Sdn. Bhd. (IMW) telah bersedia untuk disenaraikan di pasaran utama, Bursa Malaysia, tahun depan.

Penyenaraian itu sejajar dengan matlamat syarikat untuk terus berkembang di dalam negara dan juga persada antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rasydan Alias Mohamed berkata, cadangan tersebut bakal meraih dana untuk dijadikan modal kerja dalam jangka masa panjang.

Katanya, dana yang diraih melalui penyenaraian itu juga akan digunakan untuk membina lebih banyak kapal perkhidmatan pengerukan bagi menampung permintaan domestik dan antarabangsa yang semakin berkembang dengan pesatnya.

"Kami kini sudah bersedia untuk disenaraikan di Bursa Malaysia setelah beroperasi lebih 15 tahun dalam bidang perkhidmatan pengerukan yang memerlukan kepakaran yang amat tinggi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment